RANCANGAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
Tarikh | 13.06.2011 |
Tahun | 1 Bestari |
Bilangan Murid | 35 orang ( 18 lelaki 17 perempuan) |
Masa dan tempoh | 09.15 pagi – 10.15 pagi (60 minit) |
Mata pelajaran | Bahasa Melayu |
Tema | Kesihatan |
Tajuk | Buah – buahan Tempatan |
Hasil Pembelajaran | v Fokus utama : 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan Intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 i) Mempersebbahkan cerita dengan sebutan dan intonasi serta penghayatan yang sesuai. v Fokus sampingan 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 3 ii) Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks. |
Objektif Pelajaran | Pada akhir pengajaran ini murid-murid dapat
|
Sistem Bahasa | Kosa kata - kesihatan, khasiat, zat, pelawas, vitamin. |
Pengisian Kurikulum | Ilmu - Kesihatan Nilai murni - Kerjasama Kemahiran Bernilai Tambah : v Kemahiran berfikir - Kecerdasan pelbagai v Kemahiran belajar - Kontekstual |
Bahan Bantu Mengajar | i) Beberapa jenis buah - buahan ii) Gambar iii) Lagu Buah - buahan |
Pengetahuan Sedia Ada |
|
LANGKAH | AKTIVITI | CATATAN |
Set Induksi (5 minit) | i) Guru menunjukkan beberapa jenis buah - buahan. ii) Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan buah – buahan yang dipamerkan. iii) Murid melihat slaid gambar yang ditunjukkan di skrin. iv) Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar. Contohnya :- a) Ini gambar apa? b) Apakah yang anda lihat dalam gambar tersebut? v) Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran pada hari ini. | Tunjuk gambar buah - buahan (poster) |
Langkah 1 (15 minit) | i)Guru memperlihatkan nyanyian lagu buah – buahan. ii) Guru menunjukkan slaid gambar buah – buahan. iii) Murid – murid menyebut nama buah – buahan. iv) Murid – murid menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru v) Murid – murid bermain dengan aktiviti interaktif : | Mod Tutorial |
Langkah 2 (15 minit) | i)Guru menunjukkan slaid gambar buah – buahan tempatan dan luar negara. ii) Murid – murid mengkelaskan buah – buahan mengikut jenisnya. iii) Guru menerangkan jenis buah – buahan. iv) Murid – murid menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru dengan menggunakan komputer. | Mod Aplikasi |
Langkah 3 (20 minit) | i)menonton video penjodoh bilangan kepada murid – murid dengan menunjukkan slaid gambar penjodoh bilangan di skrin. ii) Guru meminta murid – murid menyatakan penjodoh bilangan yang sesuai bagi buah – buahan. iii) Murid – murid bermain dengan aktiviti interaktif : a. Kuiz | Mod Komunikasi Mod Aplikasi |
Penutup (5 minit) | i)Murid diminta membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran. ii) Murid menyanyi mengikut muzik lagu buah – buahan. iii) Guru memberi lembaran kerja sebagai kerja rumah. | Mod Tutorial |
0 comments:
Post a Comment